Showing posts with label Solemnization thingy. Show all posts
Showing posts with label Solemnization thingy. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Prosedur Nikah Negeri Selangor.

Okay bila dah pergi and buat sendiri hal-perihal urusan nikah baru la nampak the whole procedures. Kacang je kalau dah tahu, tapi berasap-asap kepala kalau tak clear dengan prosedur nikah dekat Malaysia ni.

So I think nak summarize la the whole procedure (yang ni apa yang I dah lalui la) untuk buat permohonan nikah. Tapi macam me and En. Rocker kitaorang jatuh under kategori mastautin satu negeri but lain daerah. So stage yang kitaorang dah lalui adalah:

1) Pergi kursus kahwin - Duduk dengar je and gelak-gelak. But I dengar cerita lepas ni diaorang nak buat test la, ada praktikal la, etc.

2) Ambil borang nikah dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) lelaki - Nanti diaorang bagi borang untuk dua-dua side terus. Note that it's free tau, the form.

[Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki) - Borang 2A]

[Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan) - Borang 2C]

[Persetujuan Wali dan Wakalah Wali - Borang 2D]

3) Buat HIV Test - Macam kitaorang buat dekat Poliklinik kerajaan dekat Kelana Jaya. Kalau boleh better you guys call dulu klinik and tanya schedula klinik tu 'coz lain-lain klinik, lain-lain masa beroperasi dia untuk buat HIV Test.

[Senarai Klinik Kerajaan (HIV Test)]

4) Isi borang lelaki and cari 2 saksi untuk buktikan yang lelaki tu betul tinggal dekat kawasan borang yang dia ambil.

5) Bawa borang yang lengkap diisi dengan 2 orang saksi (minta saksi fotostat IC diaorang 2 keping), result HIV (original), sijil kursus kahwin (original + photocopy), IC lelaki (photocopy + original) kepada Penolong Jurunikah yang ada dekat kawasan rumah lelaki.

6) Bawa borang lelaki yang dah siap disemak, dicop and di-sign oleh Penolong Jurunikah ke PAID kawasan lelaki (yang mula-mula you guys ambil borang tu). Bayar wang pemprosesan (RM10) and Tuan Kadi akan sign and ada 1 surat akan diprint and attach sekali dengan borang lelaki yang menunjukkan Lelaki tu dibenarkan bernikah.

7) Bagi borang lelaki dekat perempuan. Ulang step 4 dan 5 tapi minta sign dekat Penolong Jurunikah kawasan perempuan tu nak bernikah. Dokumen yang kena prepare pun sama macam pihak lelaki cuma tambahan nak IC Wali (photocopy 2 keping) and surat nikah parents (if you anak first).

8) Bawa borang perempuan + borang lelaki pergi PAID dimana tempat nikah akan berlangsung. Bayar wang proses and minta sign tuan Kadi. Akan ada 1 surat yang diprint and attach sekali dekat borang perempuan.

9) Bawa dua-dua borang yang dah lengkap pergi jumpa jurunikah untuk book tarikh and tempat.

10) Tunggu je hari nikah kot. :D

Info lebih (untuk orang Selangor) sila klik dekat website JAIS yea. :)

Saturday, March 13, 2010

Please help me pasal urusan nikah...

Need other b2b punya help la. En. Rocker punya rumah under kawasan Shah Alam, so urusan nikah dengan tok kadi terus minta sign dekat pejabat tok kadi yang dekat depan Masjid Negeri Shah Alam tu ke before nak proceed urusan nikah belah perempuan?

Friday, March 5, 2010

Urusan nikah.

Kursus kahwin - check
HIV Test - check, check
Ambil borang nikah - check, check, check
Jumpa kadi, bla..bla..bla - not yet lagi

Urusan nikah complicated dan memenatkan dan confusing. T___T